Alamak! Ape ni?

Tuesday 10 November 2015

Resepi Roti Sosej Roll

Pagi td bukak kabinet tgk ade sebuku roti gardenia x luak2. Luak 2 keping je kot. Lepas tu tgk date, aishhh smlm upernya last date. Hadoiii...

Aku check2 roti tu nampak ok lg. Teringat dlm peti ade sosej, dan masa kemas2 kabinet aritu, terperasan ade bread crumbs.

So pikir2, buat roti sosej roll lah. 


Walaupun x larat nk berdiri, gigih kan la jugak. Kalo x membazir wei roti tu, takde org nak mkn. 

Resepi Roti Sosej Roll

Bahan-bahan;
Roti sandwich putih 10 keping
Sosej 10 ketul
Telur 2 biji (asingkan putih dan kuning telur)
Bread crumbs
Garam 

Cara membuatnya;

Memula asingkan telur, sosej lepas di roll nnt, kita akan guna kuning telur utk dijadikan gam, dan putih nya utk dicelop.
So pastikan bekas yg sesuai ye. 


Amik sekeping roti, rollkan kasik lenyek dan nipis. Guna roller atau pun cawan pun boley. Sebelum tu, sosej aku rendam dgn air panas. Dah tu, letak seketul atas roti, balut dan hujung nya gamkan dgn telur kuning. Buat sampai abis roti dan sosej. 


Dah settle, sediakan bread crumbs dan telur putih. Aku letak kan je atas dulang besar. Senang nak salut roti tu nnt. Dlm telur putih tu bleh kacaukan skit dgn garam utk perasakan skit la. Kalo x nnt tawar skit. Kalo x nak pun takpe.

So pastu, kita celup roti td dlm telur putih, then salutkan dgn bread crumbs. Ketepikan, kemudian ulangi step dan habiskan kesemua roti. 


Siap suda, maka boleh lah digoreng. Aku goreng separuh, separuh lg masuk tipuware dan simpan dlm fridge. Esok2 nole goreng lg. 


Hiaskan dgn sos cili dan mayonaise. Makan begitu saja pun dah sodap! 

Selamat mencuba!   

Resepi Puding Triffle Layer

Bila belum beranak2 lg kita buat apa? Haaa kita penuhkan list2 mende nak makan yg kita x dapat2 lg la..

Hahaha!

Takde lah, aku ni kene jaga sugar intake. Tp since smlm pg Giant, beli brg2 mknan dalam pantang nnt, so teringat kat anak bujang. Dia suka sgt mkn puding triffle. So beli brg2 utk buat kat dia.


Haa kali ni taknak guna kek swiss roll. Tp nak guna kek coklat. Beli pun kek coklat giant. Kek coklat ni kurang manis. Ok la utk dibuat another desert. Nnt campo dgn buah2 koktail la, jelly puding lg. Manis pun cantik2 je.



So resepi aku mcm kat bwh ni.

Resepi Puding Triffle Layer

Bahan-bahan
Kek coklat/kek swiss roll
Tepung kastard 4 sudu besar
Gula 4 @ 5 sudu besar
Susu cair 1 tin
Air 1 tin (nnt ukur guna tin susu cair td)
Buah-buahan koktail dlm tin
Puding jelly Nona

Cara membuat
Kek di susun cantik2 dalam bekas/loyang. Sy guna mangkuk kaca 4 segi. Dah susun elok2, siramkan kek tu dgn air dari buah-buahan koktail dalam tin td. Siram sampai basah, lebih senang lepas tu kita nak tekapkan kek2 td supaya padat. 

Lepas tu, mula memasak kastard. Dlm periuk, masukkan susu cair, air satu tin, tepung kastard dan gula. Letak atas apu, start kacau. Guna kan hand whisk, supaya adunan tidak berketul. Bila da didih (ade buih2 meletup manja), ttp api, keep on kacau sampai da agak2 kurang panas. Then tuangkan la atas kek tadi. Biar kejap dlm beberapa minit, bg kastard tu keras skit, then masukkan buah2 koktail. Buah aje, air dia x payah. Susun lawa2.

Last part kita masak la pulak jelly puding. Guna yg perisa strawberry lg sedap. Cara masak jelly puding tu, ade tulis kat belakang kotak nya. Dah masak, bole tuang atas buah2 koktail tu. 

Siap! Then sejukkan lah dlm fridge. Bole la ngap lepas tu... 


Aku buat ade extra bancuhan, so letakkan dalam cawan kaca plak. Hihi. 

Selamat mencuba!

39 weeks of Pregnancy

Yesss, im still pregnant. Hehehe...


Skang ni aku makin x selesa dgn diri sendiri. Keluar memana, sejam sekali carik tandas. 

Perut kdg tu memulas nak membuang. Baby pun asik squeez my bladder, so mama asik nak terkincing je. Kikiki

Mlm2 nak tido, oh sgt la uncomfortable. Have to take few minutes, sometimes almost an hour, to find right position to sleep! Uwaaa 

Berdiri pun x leh lama2, berjalan, duduk and baring pun sama. Sakit pinggang and pelvic area. 

Anyway, isnin aritu jmp doc, and do ctg test, so far semer ok. Contraction pun takde lg. So aku bole blk. Dtg lg sekali next week. 

Oh baby, mamy cannot wait to see you. 

Wednesday 4 November 2015

Minum Pagi, Minum Petang, dgn Donut Homemade

Balik umah mak aritu, mak buatkan donut gebu. Ermmm sedap nya aku dgn anak2 makan. 

Mak kata, "ko blk buat la kat bdk2 ni, dorg suka. Senang je. Ikut resepi aku, takde nak sukat2 sgt"

Hahaha!

Mama dah power. Mmg chef terbaek di dapo. Kompom la ckp senang. 

So, blk umah, aku pun buat gak la. Since aku pun rasa2 nak makan sendiri gak kan. Haa! 3 hari berturut2 koo aku duk nguli donut. Makan dgn gula, anak2 sapu Nutella, laki aku lak makan cmtu je. 


Resepi Donut Mudah dan Cepat

Bahan-Bahan
Tepung gandum 2 cawan
Yis Mauripan setgh plastik kecik (11gm)
Gula Halus 2 sudu
Telur 1 biji
Margerin 1 sudu besar
Susu pekat 1 sudu besar
Air setgh cawan
Secubit garam

Memula, letak yis dan gula dlm cawan. Campo dgn air suam2 pastu kacauuu lama2, biarkan yis tu naik. 

*kalo ikut mak aku, dia x buat camni. Dia campo je semer bahan dalam mangkuk pastu gaul sekali.

Dalam mangkuk besar, campo aje semer bahan2 lain, then masuk kan bancuhan yis tadi. Gaul sehingga doh tak lekat kat tangan. Kalo masih melekit2, tambah tepung satu sudu demi satu sudu. Jgn terlebih lak. Takut adunan keras.

Then, ttp dgn kain. Let it set dalam sejam. Nnt doh naik.

Bila da naik, tumbuk2 skit doh tu, then bentukkan la donut nya. Aku x pakai acuan. Bulatkan pakai tgn aje.


Pastu, tinggalkan la doh tu dalam setgh jam lg ke, baru la bole di gorengkan. 


Da siap goreng, bole la di salut dgn gula. Aku salut dgn gula halus. Kalo nak salit dgn gula icing hat mcm tepung tu pun ok. Sedap juga!

Selamat mencuba! 

Sunday 1 November 2015

Lauk Simple, Utk Hari Yang Malas - Resepi Paprik Ayam


Dgn perut yg semakin membesar ni, mmg x lalu nak duk lama2 kat dapo. Especially kalo hari Jumaat.

So Jumaat lepas aku rajin nak buat Paprik Ayam je. Campak2 ayam isi yg dipotong kecik2, then tambah sayur. Goreng telo dadar 2/3 biji. Siap! Hehehe

Resepi Paprik Ayam Mudah

Bahan-bahan;
Isi ayam yg dipotong kecil2
Bwg besar holland setgh biji (hiris)
Bwg putih 3 ulas (cincang halus)
Serai sebatang (ketuk/titik)
Cili blend 1 sudu
Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Sos tomato 2 sudu
Sedikit kicap manis
Lada benggala setgh biji
Cili api 6 biji 
Kobis bunga
Carrot
*Bole tambah kcg panjang (x letak sbb takde)

Memula tumis kan bwg besar dgn bwg kecil sampai layu. Masuk serai sehingga naik bau, dan msk cili blend. Goreng sampai garing.

Masukkan semua sos2, sos tiram, sos cili, sos tomato. Kemudian masuk isi ayam dan tunggu hingga masak. 

Bila ayam da masak, tambahkan lada benggala yg dipotong panjang2. Dan masukkan semua sayur dan cili api. Cili api tu ikut suka, kalo nak ketuk dulu pun boleh, atau masukkan aje sebiji2 gitu. Bila nak makan baru kerenyek cili api tu dlm pinggan. 

Jika kuah terlalu kering, tambah setgh cawan air. Titiskan kicap manis sehingga kuah sedikit kehitaman. Perasa masakkan dgn garam. Ttp api bila sayur dah masak. 

Siap utk dihidang! 

Pertama Kali Merasa Bubur Asyura


Selama ni aku mmg x penah makan or rasa bubur asyura. Tetiap thn, bulan Muharram menjelma, mesti byk menjamu mata tgk kwn2 up gambar. 

Ade juga keinginan nak merasa. Tp tak la sampai betul2 mencari.

Muharram kali ni, betul2 menggoda jiwa. Pregnancy craving agaknya. Ade bertny pd few friends, kot2 ade tau mana2 tmpt yg jual ke kan. Tp rasanya mcm takde je dgr org jual bubur asyura. Biasanya, org bergotong royong masak sesama family n kawan2.

Then, tetiba di suatu petang ahad. Dpt call dr kwn. Katanya akak dia ade buat bubur and kalo tak keberatan, bleh dtg amik. Uwaaa! Gumbira nyaaa hati ni ms dgr. 

Bila on wassap, ade plak sorg lg kwn yg bertny kalo nak bubur asyura. Tp malangnya, terlewat tgk msg. Dia pun da blk dr kg. 

Dgn pantas nya turun bwh n mentioned kat suami. Nasib somi sporting, sudi nak pg sesama amik bubur nya.

Yeay!

Bubur asyura ni ade byk versi2. Ikut tmpt dan negeri. Kalo yg rempah2, ade dgg, beras tu dr pantai timur. If byk kacang2, keledek, pisang, org panggil bubur asyura manis, yg tu dr utara.

So aku dpt ni, bubur asyura utara. Sekali makan, waaa sedappp. Nak plak aku penggemar kacang2 ni. 


Terharu sgt, sesampai je terus akak tuan umah, hidang kan sepiring. Pastu bg lg yg da siap potong utk dimakan dlm kete. Satu bekas lg utk makan kat umah. Baikkkk sgt! Bukan tu, ade plak lg mee rebuih 2 bungkus da siap2 pek, utk aku tapau bawak balik. 

Sobs sobs... Terharu cik jahhh! 




Mee rebus pun terbaekkkk!

Best2! Makan sampai gendut perut aku mlm td. Alhamdulillahhhh! 

Thursday 29 October 2015

Resepi Pasta Aglio Olio Mudah



Aku suka sgt makan pasta Aglio Olio. Lepas mencuba, terus jd favorite!

So arini nak pass resepi pada korang yg nak mencuba keh. 



Bahan-bahan
Bwg putih 3 ulas - cincang
Bwg besar holland 1/2 biji - dadu
Cili flakes 1 sd besar (x suka pedas bole kurangkan)
Lada benggala 1/2 biji 
Kcg peas (sy guna dlm tin)
Carrot 1/2 biji
Udang
Sotong
Pasta (spaghetti/fettuccini/vermicelli) - sy guna vermicelli San Remo 1/3 plastik
Minyak olive 

*boleh guna sayur lain seperti brokoli. 

Cara2:
Panaskan minyak. Saya guna byk skit sbb x nak spaghetti kering. Tumis bwg putih dan bwg besar sampai naik bau. Kendian msk cili flakes.

Msk pulak udang dan sotong, kacau hingga msk. 

Then, add in plak sayur2. Masak kejap then terus masuk pasta. Gaul sampai sebati semua bahan dgn pasta.

Hidangkan panas2. 

Baby and Kakak's Room

Ok, so now Abang and Kakak tido sebilik. Sbb nya, dedua x berani nak tido sensorg. Since baby da nak keluar ni, kakak da kene keluar la dari bilik abang. Dedua da besar, it's time for me to separate them kan.


Ni la bilik dorg... 

Skang utk bilik sebelah, aku bygkan gabungan kuning dgn grey. Corak chevron tgh in kan. Hihihi! So survey2 la dlm cik google dan kat fb yg org duk share2 tu. Dpt idea skit dlm kepala, start pk mana nak dptkan brg2 utk bilik ye. 

So first thing, of cos la kene kosongkan bilik tu dulu, kemas2 apa yg patut. Nasib brg pun x byk. Brg2 baby, tv kotak gedabak besar tu, dgn katil queen je. So hasben bukak2 katil tu, dan simpan dlm stor. 

Bila da kosong senang la proses nak ngecat. Aku pun tolong sekali cat, walaupun perut dan badan dah gendut.

Hahaha!

Lepas da abis cat, ehhh kuning nau bilik anak aku ni. Kuning Digi tu ha! Rs2 ms tgk kat katalog td kaler nya mcm soft and subtle gitu. 

Bole lah labu!!! 

Then, the next week nya tu, kami merajinkan diri ke Ikea, Kaison, Romantika, KK Home Deco, mencarik2 brg sesuai dan berpatutan nak taruk lam bilik ni. Ekceli bilik ni quite small. Nak letak brg pun limited sgt. 

Kat kaison, sukaaaa sgt! Sbb dpt curtain dgn sarung bantal kecik corak chevron. Then kami amik gak wallpaper sticker kengkonon nk wat feature wall. Nak tone down kan skit la kaler kuning Digi tu... 

Few perabot, kami beli di ikea. Katil
N baby cot, already have. 

Hasil nya? 

Setelah few weeks ngerjakan bilik; 

Katil kakak lom masukkan lagi. Tunggu baby nak tido ngan dia, baru la dia nak tido sini. 



Cadar utk baby cot pun carik kaler natural je. Eh sesaja je gatal pasang, teringin nak tgk. Pastu, simpan balik, kang berabuk plak kan. Kikiki!

There you go, abis suda cite persiapan nak sambut dak kecik ni. Wahhh cm sakan gitu kan. Hmm, mmg. Sbb aku excited sgt. Da lama rindu bau baby. Hihihi! 

Beg Hospital - Baby dan Mama

Masuk minggu ke 33 pregnancy, aku da start kemas skit2 beg hospital. 2 beg, satu brg aku, satu brg baby. 


Eh, ade 3 beg laaa... Kikiki!
Beg ketiga muncul sbb nak asingkan diapers, brg mandian, wipes dan sbg nya. Aku gunakan diaper caddy je. 

Brg aku and baby, skit2 aku penuhkan dalam beg. Ikut yg mana dah basuh and cuci aku kemas kan separuh msk dlm beg, separuh lg simpan. Nnt nak bwk balik ke rumah mak, memandangkan aku nnt berpantang kat sana. 



Bukak plastik and ready for pre wash. 

Antara barang dlm beg baby;
Set baju seluar 2 psg
Barut 
Kain bedung
Lampin 2 lai kot
Towel baby
Hooded blanket
Wash clothes/kain lap kecik
Socks
Mittens and booties
Baby's hat 

Dlm beg mama plak;
Tshirt lengan panjang - tset breastfeed 
Tshirt lengan pendek 
Kain (aku bwk kain lycra biasa tu, sbb malas berkain batik) 

3 items tu, in case x nak pakai baju spital

Baju utk balik rumah dr spital
Tudung 
Nursing Bra and panties
Disposable panties (lg senang)
Breast pad/breast sheild
Sanitary pad (yg maternity and kotex biasa)
Towel mandi
Towel kecik
Toiletries mcm sabun, berus gigi, ubat gigi, deodorant, pencuci muka. 
Socks
Flusk air panas 
Uncang air Akar Herbanika NR
Minyak urut/herbal balm
Selipar (aku bwk slipar yg hotel punya tu je) 
Breast pump
Milk storage yg jenis plastik (kot la tetiba EBM byk - hahaha berangan!)
Nursing cover
Extra green bag (utk bj kotor) 
Madella nipple cream
Jullian jill corset (beli kat cosway. Senang nk wrap perut time nak blk umah. Rasa ketat skit perut tu) 

Yg dalam diaper caddy plak;
Diapers (of course!)
Minyak telon
Baby wipes
Travel toiletries (beli J&J je)
Grooming set (sikat, nail clipper - just in case)

Ermmm... Rasanya tu je yg aku da simpan. Pheww! Jenuh juga pk and list down kan sblm kemas aritu. Takut2 brg penting tertinggal. 

Anyway, ade juga brg lain yg still kene bwk. Tp tu, time nak g spital baru kene ambil. Asalkan sblm melangkah keluar rumah, x lupa nak check notes. Sbb aku ni semer nya bertulis, letak dlm pale nnt blank, blur, semer x ingat. 

Antara nya, of course kad check up, GL, snacks mcm kurma dan biskut kering, air zamzam. 

Apa2 pun, yg penting, aku selamat bersalin kan healthy baby, dah memadai. Rasanya yg penting semua dah ade. Mcm nak p umrah je, mcm takde kedai je, mcm nak duduk lamaaaa je. Hahaha!

Well, mmg perangai aku cmni. Kalo rumah ade tayar, aku drive umah p spital. 

K lah. Daaaa

Wednesday 28 October 2015

Persiapan Sambut Orang Baru

It's been 6yrs since my last pregnancy.

Byk brg2 abang dan kakak da di bagi pada org lain. So persiapan kali ni, mcm nak dpt anak sulung gitu...

Kihkihkih!

Dah masuk 6 bln, baru aku start beli brg sikit2. Tp sblm2 tu, aku dah siap2 tulis dalam buku list barang yg nak kene beli. Refer pd previous experience dan jugak dr blog/ig/fb... 

Sepanjang 3/4 bulan lepas meriah juga org buat expo baby. But sementara n ke expo, tmpt pertama aku pg, kat Marissa Shop, Shah Alam.

Situ bestttt! Sentiasa ade sale, brg2 agak murah, banyak juga choice. 


Haaa ni hasil pertama ke sana... Total 3x juga sampai ke sana. Hehehe!

Tilam kekabu tu saaanngaattt tebal and fluffy. Sukaaa... Sbb sblm ni beli nipis betul. Harga nya rm200. Dpt tilam, bantal, bolster dgn bantal karipap.

Beli juga JJ Cole body support. Utk alas car seat bg fluffy2 dan selesa anakku nnt. Ecehhh... Hihi

Then ade juga barut2, diaper caddy, breastmilk storage bottles dan tray bottles.


Ni plak hasil pg expo baby TCE kat SACC Mall... Pagi2 dah sampai, org x sesak sgt. Sblm pukul 11am da abis membeli. 


Balik je dr expo, singgah plak lg sekali kat Marissa Shop. Hahaha! Soping2 lg. Dan last sekali aku pegi Fabulous Mom. Nak beli infant car seat. Sbb rege dia pun sgt menawan, dpt 70%. 

Letih haritu ke sana sini. Aku ni jenis selagi dlm list tu byk brg x settle, selagi byk mende dlm list yg x cross, selagi tu jugak hati ni tak tenang. 

Hahaha! 

Bersepah bilik belakang tu dgn brg2 baby. Anyway, aku mmg rasa nak tukar bilik belakang tu jd bilik baby dan kakak. Kemas2 skit, cat mana yg patut. 


Since ade voucher Aeon RM50, aku pg lak ke sana beli skit2 baju baby, booties and mittens. Sblm ni ade jugak order dgn kwn rompers dan sleepsuit. So rasanya baju baby ni x perlu beli byk2. Lg pulak ade extra baju baby yg aku nak jual dedulu. Bila da kumpul2, byk plak baju nya. 


Haiii... Cute sgt tgk kwn fb duk kait2 jual kasut dgn headband ni. Makaaa, mak pun terrrbeli 3. Hahaha! Terrrr sgt! 


Jamu/herba utk aku dlm pantang nnt. Kali ni pilih jenama NR. Byk review best2. So nak try sgt. Aku beli loose2 je. Sbb alhamdulillah, ade kwn and ipar yg sudi nak bg few lg brg2 NR... Besttt sgt! 


Ni antara hasil pungutan dari kwn2 and family. Hahaha! Best nyaaa. Dpt bengkung, brg2 NR, barut baby andddd breast pump Lacte. Thanks korg!

 
Last but not least, ni brg2 besar anak2 yg aku masih simpan. Ekceli almost da nak jual kat org. Sekali dpt tau pregnant pulak. X jadi la jual. 

Papa keluarkan baby cot, stroller dgn car seat dr stor. Bersihkan, cuci2 mana yg patut. Baby cot tu plak, spray cat putih. 

Haa! Anyway, sbb tu la aku beli infant car seat. Sbb car seat besar tu da ade. Cuma nya sesuai pakai after 6m je. So sementara tu pakai yg infant dulu. 

Haa ni lah antara persiapan utk baby. Next entry aku story psl deco2 bilik baby plak eh. Hope this entry help you all...


Daaa...

Third Trimester and Supplements During Pregnancy

Ohhh lama nya diri ini x hapdet blog. Skang ni aku da on my last trimester of pregnancy. In fact, skang da masuk 37 weeks, lebih kurang tgh menunggu hari kata org. 

Oooo berat naik cap cap cussss mcm jugak pregnancy2 sebelum ni. Baaanyakkk nyaaaaa! Sedih tgk badan sendiri... Huhuhu! 

Jaga juga makan, since aku ade GDM. Tp on weekend, selalu duk cheat cheat kannnn! Hehehe..

During pregnancy ni byk juga supplements yg aku mkn. Dedulu pregnant 8 and 6 yrs ago tak terdedah dgn kelebihan supplements. Now, thru kawan2 dan internet, byk juga aku try2.


Awal2 dulu, doctor bg acid folic dan vitamin B complex. Then msk trimester kedua da dpt Pharmaton Matruelle tu. Aku sendiri tambah vitamin dr Shaklee, vitamin C dan calcium Ostematrik (takde dlm gmb).

Da masuk trimester ketiga, aku start amik air akar NR, buat nipis2 je... Minum la sekali sehari. Pastu aku baca2, raspberry leaf tea ni elok utk lembutkan pelvis during labor nnt. So try la jugak. 



Lg satu, aku amik VCO, minyak kelapa dara keluaran D'aura. Memula amik yg jenis softgel. Baru ni, beli terus yg liquid. Katanya lebih cepat bertindak dari softgel. Rasa? Not bad! Kalo penah makan biskut kelapa mcm yg jual kat kedai runcit, haaa cmtu la rasanya. Takde la x sedap sampai nak termuntah. 

Selain tu, aku kerap jugak minum air kelapa. Which is good utk cuci air ketuban. Dr pembacaan, air kelapa amik di akhir2 pregnancy ni elok utk cuci kulit baby dan kepala nya. Kepala baby tak berkerak. 

Oh ye! Mostly nampak cm byk je aku minum and makan campo2 kan. Ekceli ade yg aku x makan sekaligus dlm sehari. Contoh, raspberry tea leaf tu kdg aku minum 3x seminggu, ari yg x minum tu aku rebus air akar NR.

Takut juga wei nak campo2... Hehehe!

K la, next time aku cerita lak psl persiapan nak sambut baby. 

Daaaaa... 

Thursday 2 July 2015

Menu Ramadhan Kami

Haa, ni bukan nk kasi air liur meleleh tau. Saje nak kongsi2 menu ramadhan. Berkongsi idea giteww!

Korg selalu msk apa utk berbuka? Aku ni kdg naik tepu dah pk lauk. Lg anak2 pun ikut puasa sekali. Most of the time, ikut tekak dia la kan. 


Ni seken day pose. Mr hubs rajin pulak, men'roti john'. Kikiki!

Aku lak masak, dgg blackpepper, udang dan sotong pulak wat goreng tepung crispy. Ayam msk merah semlm punya pun hadoo!



See! Pose ketiga da malas! Hahaha!

Ekceli aku x larat betul nak msk. Dgn cocer panas gilerrr. Mak kering tekak! Uwaaaa!

So beli utk anak2, merangkap utk sahur juga, ayam blackpepper, kari dgg, feveret aku pajeri nenas dgn bergedil. 

Utk aku n hubs, ns kerabu dan ns mandy kambing, dgn popia basah. 

Satu2 nya yg aku msk, try buat ala2 coney dog anw. Ngeee!


Ni menu puasa ke berapa pun x ingat. Tp time ni aku msk kari ikan siakap, kung pou chicken dgn kcg panjang goreng. Popia tu plak, lebihan yg aku frozen kan aritu. 


The next day nya, aku msk ikan selar adam pedas, ayam goreng dgn tumis taugeh. 

G kedai, ternampak pulak jagung segar. Beli dua ketul, buat bubur jagung.

Then mr hubs beli roti john dgn popia. Kami berdua mmg suka popia goreng. 
Tapiii, yg beli ni popia udara di angin lalu namanya. Ade la 2/3 urat togeh dgn keret, ade pulakkkk yg masam. Uwekkk... Sampai hati kan meniaga cmni.. Isk... Isk... 

Kiciwa mak! 

Kehilangan yg lama dan Selamat Berpuasa

Hahaha! 

Lama nyaaa tak menulis. Dr bulan April, ni dah masuk Julai ko!

Nk wish selamat berpuasa pun, arini dah 16 ramadhan. Kikiki!

I am soo not in the mood to write. Pregnant kali ni agak mencabar juga. Berbanding yg lepas2. Ye lah, time anak first pregnant umo 21, yg seken umo 23. Hihihi...

Aku ni kawen awal. Umo 20yr da kawen. Time tgh belajar lg. 

Now umo pun dah 30yr (xde la tua sgt!) tp rasa la perbezaan nya. 

X lembik sgt. Still bole buat kerja rumah, amik hantar anak sekolah, tp berbeza juga la. 

Bulan puasa ni, alhamdulillah, dah masuk trimester kedua. So gagah juga la berpuasa. First day agak lembik juga. Sampai muntah angin. Tp lelama da ok. Kdg tu feel energetic lg. Fuhh! 

Biasa time ramadhan ni, yg pening kepala is, menu berbuka!!!

Pening wehhh! Hahaha!

First day puasa, mcm biasa, umah akunya menu, Nasi Briyani!

Nah gambar!

 

Sehari sebelum puasa tu sempat jugak la aku meng'wrap' popia, buat lepat pisang skit pastu simpan lam peti. 

So ns briyani tu, aku msk lauk kari daging tambah dgn vege2 skit, cm kcg panjang, terung, carrot. Then buat ayam msk merah dan acar jelatah.

 Ade satu menu bazaar sesat disitu nampak nya. Hehehe

Mak teringin kambing golek. Maka beli la sekotak polisterin tu. RM12. Sedapp!

Keh, next post cite menu2 lain plak ye. 

Thursday 9 April 2015

Mengidam Nasi Lemak

Eh, lama jugak x bersiaran. Kemalasan melanda. Nak masak pun malas. Apetah lg nak mkn masakan sendiri. Tak lalu!

So skang ni aku msk utk suami dan anak2 je. Pastu malam. Aku beli mende lain utk mkn aku. 

Rasa sedap nyaaaa makan org lain masak.

Few days ni, aku asik teringin nak makan nasi lemak je. Aku paling suka nasi lemak Saleha. Kalo pg Pusrawi, aku beli ler. Kat koperasi sana ade jual.

Pastu nasi lemak Antarabangsa pun aku cm teringin nau je. Haish, jauhhhh! Mana nak rajin laki aku mencarik nya. 

Takpe ler. Ari jumaat da pun. Wiken bole ler ajak dia ke sana belikan nnt. Ye dok?? 

Tuesday 24 March 2015

My Pokok Kacang Botol

Few weeks ago, hasten tanam benih kacang botol 4-5 biji kat luar pagar. Dengan harapan nnt naik, dia melilit lah kat pagar rumah tu. Throw back ms zaman kekecik dulu, pagar rumah mak kat belakang mmg dipenuhi lilitan pokok kacang botol.



Ni masa baru2 naik pucuk nya.. Blur pulak gmb2..



Layan!










Pastu ade si kembar ni tumbuh sekali. Sweet!








Ni si kembar lepas beberapa hari.








Pucuk ni paling cepat tumbuh daripada si kembar.














Pastu syedih nya hati bila tgk dia dah kiokkk! Sapa la yg makan kau nih!








Upernya bukan 1 je kiokk, satu lg pun arwah sudaaaa! Agak2 boleh naik balik tak pucuk dia tu?



Hmmmm!









Dan ni si kembar, takat pagi td. Segar nampak daun nya. Jangan lah ade yg dengki dan mengarwahkan beliau. Sian diaaa!



Siann aku!!!


Hahaha!