Alamak! Ape ni?

Sunday 1 November 2015

Lauk Simple, Utk Hari Yang Malas - Resepi Paprik Ayam


Dgn perut yg semakin membesar ni, mmg x lalu nak duk lama2 kat dapo. Especially kalo hari Jumaat.

So Jumaat lepas aku rajin nak buat Paprik Ayam je. Campak2 ayam isi yg dipotong kecik2, then tambah sayur. Goreng telo dadar 2/3 biji. Siap! Hehehe

Resepi Paprik Ayam Mudah

Bahan-bahan;
Isi ayam yg dipotong kecil2
Bwg besar holland setgh biji (hiris)
Bwg putih 3 ulas (cincang halus)
Serai sebatang (ketuk/titik)
Cili blend 1 sudu
Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Sos tomato 2 sudu
Sedikit kicap manis
Lada benggala setgh biji
Cili api 6 biji 
Kobis bunga
Carrot
*Bole tambah kcg panjang (x letak sbb takde)

Memula tumis kan bwg besar dgn bwg kecil sampai layu. Masuk serai sehingga naik bau, dan msk cili blend. Goreng sampai garing.

Masukkan semua sos2, sos tiram, sos cili, sos tomato. Kemudian masuk isi ayam dan tunggu hingga masak. 

Bila ayam da masak, tambahkan lada benggala yg dipotong panjang2. Dan masukkan semua sayur dan cili api. Cili api tu ikut suka, kalo nak ketuk dulu pun boleh, atau masukkan aje sebiji2 gitu. Bila nak makan baru kerenyek cili api tu dlm pinggan. 

Jika kuah terlalu kering, tambah setgh cawan air. Titiskan kicap manis sehingga kuah sedikit kehitaman. Perasa masakkan dgn garam. Ttp api bila sayur dah masak. 

Siap utk dihidang! 

No comments:

Post a Comment