Alamak! Ape ni?

Thursday, 18 February 2016

Dah bersalin dahhh!

JNgehngehngeh~~~

Last post 10 November

18 November, which is during my hubby's beday, aku pun beranakkkk...

Wawawaaaa... Suke le tew anak dia share beday kann? Kikiki

17hb da ade bukaan 2.5cm. Tp aku request ngan doc nak dtg bersalin esok. Pleaseeee! Doc tgk muka seposen aku, maka dia pun bglah. But she gave permission with warning la kan, if mlm da start sakit, gap 10mins, sila lah ke spital secopek yg bulehhh... 


Her first day... Now she's already 3m... Haha! Mak malas hapdet blog. Later la update. Ngantukssss

See ya!

Tuesday, 10 November 2015

Resepi Roti Sosej Roll

Pagi td bukak kabinet tgk ade sebuku roti gardenia x luak2. Luak 2 keping je kot. Lepas tu tgk date, aishhh smlm upernya last date. Hadoiii...

Aku check2 roti tu nampak ok lg. Teringat dlm peti ade sosej, dan masa kemas2 kabinet aritu, terperasan ade bread crumbs.

So pikir2, buat roti sosej roll lah. 


Walaupun x larat nk berdiri, gigih kan la jugak. Kalo x membazir wei roti tu, takde org nak mkn. 

Resepi Roti Sosej Roll

Bahan-bahan;
Roti sandwich putih 10 keping
Sosej 10 ketul
Telur 2 biji (asingkan putih dan kuning telur)
Bread crumbs
Garam 

Cara membuatnya;

Memula asingkan telur, sosej lepas di roll nnt, kita akan guna kuning telur utk dijadikan gam, dan putih nya utk dicelop.
So pastikan bekas yg sesuai ye. 


Amik sekeping roti, rollkan kasik lenyek dan nipis. Guna roller atau pun cawan pun boley. Sebelum tu, sosej aku rendam dgn air panas. Dah tu, letak seketul atas roti, balut dan hujung nya gamkan dgn telur kuning. Buat sampai abis roti dan sosej. 


Dah settle, sediakan bread crumbs dan telur putih. Aku letak kan je atas dulang besar. Senang nak salut roti tu nnt. Dlm telur putih tu bleh kacaukan skit dgn garam utk perasakan skit la. Kalo x nnt tawar skit. Kalo x nak pun takpe.

So pastu, kita celup roti td dlm telur putih, then salutkan dgn bread crumbs. Ketepikan, kemudian ulangi step dan habiskan kesemua roti. 


Siap suda, maka boleh lah digoreng. Aku goreng separuh, separuh lg masuk tipuware dan simpan dlm fridge. Esok2 nole goreng lg. 


Hiaskan dgn sos cili dan mayonaise. Makan begitu saja pun dah sodap! 

Selamat mencuba!   

Resepi Puding Triffle Layer

Bila belum beranak2 lg kita buat apa? Haaa kita penuhkan list2 mende nak makan yg kita x dapat2 lg la..

Hahaha!

Takde lah, aku ni kene jaga sugar intake. Tp since smlm pg Giant, beli brg2 mknan dalam pantang nnt, so teringat kat anak bujang. Dia suka sgt mkn puding triffle. So beli brg2 utk buat kat dia.


Haa kali ni taknak guna kek swiss roll. Tp nak guna kek coklat. Beli pun kek coklat giant. Kek coklat ni kurang manis. Ok la utk dibuat another desert. Nnt campo dgn buah2 koktail la, jelly puding lg. Manis pun cantik2 je.



So resepi aku mcm kat bwh ni.

Resepi Puding Triffle Layer

Bahan-bahan
Kek coklat/kek swiss roll
Tepung kastard 4 sudu besar
Gula 4 @ 5 sudu besar
Susu cair 1 tin
Air 1 tin (nnt ukur guna tin susu cair td)
Buah-buahan koktail dlm tin
Puding jelly Nona

Cara membuat
Kek di susun cantik2 dalam bekas/loyang. Sy guna mangkuk kaca 4 segi. Dah susun elok2, siramkan kek tu dgn air dari buah-buahan koktail dalam tin td. Siram sampai basah, lebih senang lepas tu kita nak tekapkan kek2 td supaya padat. 

Lepas tu, mula memasak kastard. Dlm periuk, masukkan susu cair, air satu tin, tepung kastard dan gula. Letak atas apu, start kacau. Guna kan hand whisk, supaya adunan tidak berketul. Bila da didih (ade buih2 meletup manja), ttp api, keep on kacau sampai da agak2 kurang panas. Then tuangkan la atas kek tadi. Biar kejap dlm beberapa minit, bg kastard tu keras skit, then masukkan buah2 koktail. Buah aje, air dia x payah. Susun lawa2.

Last part kita masak la pulak jelly puding. Guna yg perisa strawberry lg sedap. Cara masak jelly puding tu, ade tulis kat belakang kotak nya. Dah masak, bole tuang atas buah2 koktail tu. 

Siap! Then sejukkan lah dlm fridge. Bole la ngap lepas tu... 


Aku buat ade extra bancuhan, so letakkan dalam cawan kaca plak. Hihi. 

Selamat mencuba!

39 weeks of Pregnancy

Yesss, im still pregnant. Hehehe...


Skang ni aku makin x selesa dgn diri sendiri. Keluar memana, sejam sekali carik tandas. 

Perut kdg tu memulas nak membuang. Baby pun asik squeez my bladder, so mama asik nak terkincing je. Kikiki

Mlm2 nak tido, oh sgt la uncomfortable. Have to take few minutes, sometimes almost an hour, to find right position to sleep! Uwaaa 

Berdiri pun x leh lama2, berjalan, duduk and baring pun sama. Sakit pinggang and pelvic area. 

Anyway, isnin aritu jmp doc, and do ctg test, so far semer ok. Contraction pun takde lg. So aku bole blk. Dtg lg sekali next week. 

Oh baby, mamy cannot wait to see you. 

Wednesday, 4 November 2015

Minum Pagi, Minum Petang, dgn Donut Homemade

Balik umah mak aritu, mak buatkan donut gebu. Ermmm sedap nya aku dgn anak2 makan. 

Mak kata, "ko blk buat la kat bdk2 ni, dorg suka. Senang je. Ikut resepi aku, takde nak sukat2 sgt"

Hahaha!

Mama dah power. Mmg chef terbaek di dapo. Kompom la ckp senang. 

So, blk umah, aku pun buat gak la. Since aku pun rasa2 nak makan sendiri gak kan. Haa! 3 hari berturut2 koo aku duk nguli donut. Makan dgn gula, anak2 sapu Nutella, laki aku lak makan cmtu je. 


Resepi Donut Mudah dan Cepat

Bahan-Bahan
Tepung gandum 2 cawan
Yis Mauripan setgh plastik kecik (11gm)
Gula Halus 2 sudu
Telur 1 biji
Margerin 1 sudu besar
Susu pekat 1 sudu besar
Air setgh cawan
Secubit garam

Memula, letak yis dan gula dlm cawan. Campo dgn air suam2 pastu kacauuu lama2, biarkan yis tu naik. 

*kalo ikut mak aku, dia x buat camni. Dia campo je semer bahan dalam mangkuk pastu gaul sekali.

Dalam mangkuk besar, campo aje semer bahan2 lain, then masuk kan bancuhan yis tadi. Gaul sehingga doh tak lekat kat tangan. Kalo masih melekit2, tambah tepung satu sudu demi satu sudu. Jgn terlebih lak. Takut adunan keras.

Then, ttp dgn kain. Let it set dalam sejam. Nnt doh naik.

Bila da naik, tumbuk2 skit doh tu, then bentukkan la donut nya. Aku x pakai acuan. Bulatkan pakai tgn aje.


Pastu, tinggalkan la doh tu dalam setgh jam lg ke, baru la bole di gorengkan. 


Da siap goreng, bole la di salut dgn gula. Aku salut dgn gula halus. Kalo nak salit dgn gula icing hat mcm tepung tu pun ok. Sedap juga!

Selamat mencuba! 

Sunday, 1 November 2015

Lauk Simple, Utk Hari Yang Malas - Resepi Paprik Ayam


Dgn perut yg semakin membesar ni, mmg x lalu nak duk lama2 kat dapo. Especially kalo hari Jumaat.

So Jumaat lepas aku rajin nak buat Paprik Ayam je. Campak2 ayam isi yg dipotong kecik2, then tambah sayur. Goreng telo dadar 2/3 biji. Siap! Hehehe

Resepi Paprik Ayam Mudah

Bahan-bahan;
Isi ayam yg dipotong kecil2
Bwg besar holland setgh biji (hiris)
Bwg putih 3 ulas (cincang halus)
Serai sebatang (ketuk/titik)
Cili blend 1 sudu
Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Sos tomato 2 sudu
Sedikit kicap manis
Lada benggala setgh biji
Cili api 6 biji 
Kobis bunga
Carrot
*Bole tambah kcg panjang (x letak sbb takde)

Memula tumis kan bwg besar dgn bwg kecil sampai layu. Masuk serai sehingga naik bau, dan msk cili blend. Goreng sampai garing.

Masukkan semua sos2, sos tiram, sos cili, sos tomato. Kemudian masuk isi ayam dan tunggu hingga masak. 

Bila ayam da masak, tambahkan lada benggala yg dipotong panjang2. Dan masukkan semua sayur dan cili api. Cili api tu ikut suka, kalo nak ketuk dulu pun boleh, atau masukkan aje sebiji2 gitu. Bila nak makan baru kerenyek cili api tu dlm pinggan. 

Jika kuah terlalu kering, tambah setgh cawan air. Titiskan kicap manis sehingga kuah sedikit kehitaman. Perasa masakkan dgn garam. Ttp api bila sayur dah masak. 

Siap utk dihidang! 

Pertama Kali Merasa Bubur Asyura


Selama ni aku mmg x penah makan or rasa bubur asyura. Tetiap thn, bulan Muharram menjelma, mesti byk menjamu mata tgk kwn2 up gambar. 

Ade juga keinginan nak merasa. Tp tak la sampai betul2 mencari.

Muharram kali ni, betul2 menggoda jiwa. Pregnancy craving agaknya. Ade bertny pd few friends, kot2 ade tau mana2 tmpt yg jual ke kan. Tp rasanya mcm takde je dgr org jual bubur asyura. Biasanya, org bergotong royong masak sesama family n kawan2.

Then, tetiba di suatu petang ahad. Dpt call dr kwn. Katanya akak dia ade buat bubur and kalo tak keberatan, bleh dtg amik. Uwaaa! Gumbira nyaaa hati ni ms dgr. 

Bila on wassap, ade plak sorg lg kwn yg bertny kalo nak bubur asyura. Tp malangnya, terlewat tgk msg. Dia pun da blk dr kg. 

Dgn pantas nya turun bwh n mentioned kat suami. Nasib somi sporting, sudi nak pg sesama amik bubur nya.

Yeay!

Bubur asyura ni ade byk versi2. Ikut tmpt dan negeri. Kalo yg rempah2, ade dgg, beras tu dr pantai timur. If byk kacang2, keledek, pisang, org panggil bubur asyura manis, yg tu dr utara.

So aku dpt ni, bubur asyura utara. Sekali makan, waaa sedappp. Nak plak aku penggemar kacang2 ni. 


Terharu sgt, sesampai je terus akak tuan umah, hidang kan sepiring. Pastu bg lg yg da siap potong utk dimakan dlm kete. Satu bekas lg utk makan kat umah. Baikkkk sgt! Bukan tu, ade plak lg mee rebuih 2 bungkus da siap2 pek, utk aku tapau bawak balik. 

Sobs sobs... Terharu cik jahhh! 




Mee rebus pun terbaekkkk!

Best2! Makan sampai gendut perut aku mlm td. Alhamdulillahhhh!